Automotive Maintenance

Perodua Myvi 2022 — Perbandingan spesifikasi setiap varian; apa yang ada pada 1.3G, 1.5X, 1.5H dan 1.5AV

Perodua Myvi 2022 facelift versi terbaru sudahpun diperkenalkan semalam, sekaligus menandakan bab baru bagi model kereta popular di Malaysia berkenaan. Sejak 2005, Perodua sudah mengeluarkan sebanyak 1.3 juta unit “kereta rakyat” ini. Bagi model generasi ketiga ini pula, ia sudah mencatatkan angka 277,329 unit dalam tempoh empat tahun.

Memang sudah tiba masanya untuk diberikan kemaskini pertengahan hayat, tetapi berbanding hanya melakukan perubahan kecil, Myvi 2022 ini menerima banyak peningkatan dan penambahbaikan — pelaburan untuk ini sahaja mencecah RM50 juta dan menelan 137,000 jam kerja. Lihat kepada pembaharuan yang diberikan, baru anda akan faham kenapa.

Perubahan wajah depan yang dilakukan agak banyak. Antaranya lampu utama rekaan baru, dengan DRL LED turut membuat penampilan sulungnya. Bahagian dalaman juga menerima panel meter baru, serta kemaskini kecil lain berdasarkan maklumbalas pengguna (misalnya butang OFF untuk pendingin hawa), dan varian AV dengan tema hitam-merah yang ketara.

Paling utama ialah peralihan transmisi dari 4AT kepada D-CVT dari Ativa. Ini memberi kelebihan penjimatan minyak lebih baik sebanyak 5% dan 20% lebih pantas, dengan tahap kebisingan yang lebih rendah. Ini ditambah dengan ciri keselamatan yang lebih baik — bayangkan ini; ciri kawalan melayar adaptif dan bantuan mengekalkan lorong untuk Myvi, yang bahkan tidak mempunyai kawalan melayar biasa sebelum ini. Ciri pemanduan autonomous Tahap 2 juga disertai oleh ASA 3.0 (versi terbaru, seperti Ativa), peninjau titik buta dan lampu tinggi automatik. Semua ini ada pada kereta yang berharga bawah RM60k.

Kami telah pun perincikan semuanya dalam laporan pelancara Myvi 2022 ini dan juga video tinjauan awal untuk rujukan anda. Di sini, kami ingin bawakan pula perbandingan penawaran antara spesifikasi setiap varian Myvi 2022 yang ada. Semuanya ada lima varian 1.3 G, 1.3 G dengan PSDA (ciri keselamatan termasuk ASA), 1.5 X, 1.5 H dan paling tinggi 1.5 AV — dengan harga bermula RM45,700 hingga RM58,800, atas jalan tanpa insurans dan SST.

Perodua Myvi 1.3 G 2022 — RM45,700 (tanpa PSDA), RM47,700 (dengan PSDA)

Kelengkapan standard:

Mekanikal

1.3L Dual VVT-i (1NR-VE) dengan Eco Idle1,329 cc, empat-silinder petrol94 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpmKotak gear automatik D-CVT 22.2 km/l gabungan penggunaan minyakTangki minyak 36 liter3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,515 mm tinggi, 2,500 mm jarak antara roda160 mm jarak kelegaan tanahStereng Kuasa Elektrik (EPS)Radius pusingan 4.8 meterJaminan lima-tahun/150,000 km

Luaran

Lampu utama dengan Auto Off dan fungsi Follow-Me-HomeLarasan lampu manualLampu belakang LED dengan panduan lampuCermin sisi hitam larasan elektrik dengan lampu isyarat LEDPenggilap cermin jenis bilah aero dengan kepantasan mengikut kelajuanSensor undurRim 14-inci aloi, tayar 175/65Tayar ganti saiz penuhGril depan perak metalik

Dalaman

Sistem tanpa kunci dan butang Push StartKunci pintu sensitif terhadap kelajuanCermin depan akustikTingkap kuasa, naik/turun automatik untuk pemanduHead unit 2-DIN dengan radio dan input USB, empat pembesar suaraKawalan pendingin hawa digital (dengan dua tetapan memori)Stereng dengan larasan ketinggianKerusi pemandu boleh laras ketinggianBalutan fabrik kerusi baruKerusi belakang lipatan 60:40 dengan perehat kepalaRuang but 277 liter (832L jika kerusi dilipat)Poket sisi untuk tempat duduk depanCangkuk tambahan anti-ragut

Keselamatan

Empat beg udara (dua di depan, dua sisi depan)ABS, EBD, VSCLampu isyarat berhenti kecemasan (ESS)Bantuan mula mendakiASEAN NCAP lima-bintangPengingat tali keledar untuk semua kerusiDua cangkuk Isofix untuk kerusi belakangASA 3.0 dengan Amaran Pra-Perlanggaran (PCW)Brek Pra-Perlanggaran (AEB)Makluman Pergerakan Depan (FDA)Kawalan Salah-operasi Pedal (PMC)Lampu tinggi automatik (AHB)Amaran Penukaran Lorong (LDW) dan Penghindaran Penukaran Lorong (LDP)

Perodua Myvi 1.5X 2022 — RM49,900

Tambahan:
Mekanikal

1.5 litre Dual VVT-i (2NR-VE) dengan Eco Idle1,496 cc, empat-silinder petrol102 hp pada 6,000 rpm, 136 Nm pada 4,200 rpm21.1 km/l penggunaan minyak gabunganRadius pusingan 5.1 meter

Luaran

Roda 15-inci, tayar 185/55Lampu utama LED dengan fungsi Follow-Me-HomeCermin sisi lipatan automatik, larasan elektrik

Dalaman

Kemasan corong pendingin hawa warna perak berkilatKemasan pintu dengan penyudah warna perakFungsi BluetoothPembesar belakang lebih besar (16 cm)Butang stereng untuk audio dan panggilanButang PWR di stereng

Perodua Myvi 1.5 H 2022 — RM53,900

Tambahan:
Luaran

Lampu nyalaan siang LEDGril depan hitam berkilatLip depan dan skirting sisiBampar belakang dua-tonaSpoiler belakangPemegang pintu kromSensor parkir depan

Dalaman

Tombol gear dengan penyedah warna perakPemegang pintu kromFabrik tempat duduk corak honeycombPerehat kepala kerusi belakang boleh laras/cabutPengimbas tol binaan dalamHead unit dengan skrin sentuh 6.9 inci dan USB, Bluetooth, SmartLink, HDMIStereng balutan kulitKawalan pengesan suaraFilem penapis haba dan solar

Keselamatan

Enam beg udara (depan, sisi dan tirai)

Perodua Myvi 1.5 AV 2022 — RM58,800

Tambahan:
Dalaman

Panel instrumen merah gaya OptitronPaparan multi-info berwarna TFTKemasan corong pendingan hawa merahKerusi balutan kulit merah-hitamButang stereng ACC, LKC, MIDDashcam depanKamera undur

Keselamatan

Kawalan Melayar Adaptif (ACC)Kawalan Mengekalkan Lorong (LKC)Peninjau Titik Buta (BSM)Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)

Pilihan warna bagi Myvi 2022

Cranberry Red (AV sahaja)Electric BlueLava Red (tiada untuk AV)Glittering SilverGranite Grey (tiada untuk 1.3G)Ivory White (solid)

The post Perodua Myvi 2022 — Perbandingan spesifikasi setiap varian; apa yang ada pada 1.3G, 1.5X, 1.5H dan 1.5AV appeared first on Paul Tan’s Automotive News.