Automotive Maintenance

Kia Carens 2022 akan muncul di India 16 Disember ini

Kia telah mula mengeluarkan beberapa gambar teaser untuk Carens baru, yang akan diperkenalkan di Gurugram, India 16 Disember ini. Carens baru kini adalah sebuah SUV tiga baris tempat duduk yang direka khas untuk pasaran India, dan rekaannya adalah berbeza berbanding model generasi sebelum ini yang merupakan sebuah MPV kompak.

Bentuk asas model ini sudah ditunjuk melalui lukisan teaser, dan antara yang boleh dilihat adalah ia menggunakan lampu utama serta DRL LED, dan mula “Tiger Face.” Dimensinya masih tidak diketahui, tetapi jika melihat kepada Alcazar yang menggunakan asas sama, ia mempunyai panjang 4,500 mm, lebar 1,790 mm, tinggi 1,675 mm dan jarak roda 2,760 mm.

Spesifikasi teknikal juga masih belum didedah, tetapi kita juga boleh menjangka penggerak sama seperti Alcazar, iaitu enjin petrol empat silinder 2.0 liter NA159 PS/191 Nm serta enjin diesel turbo 1.5 liter 115 PS/250 Nm. Pada Alcazar, enjin ini dipadankan bersama transmisi yang boleh dipilih sama ada manual enam kelajuan atau automatik.

Menurut Kia, bahagian dalam Carens baru ini telah direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup dan kegunaan harian golongan sasaran mereka di India. Papan pemuka berbentuk rata di atas dipasang dengan skrin Audio Video Navigation Telematics (AVNT) 10.25 inci di tengah, dan terdapat pelbagai butang kawalan pada stereng.

“Kia Carens adalah gambaran sebenar apa yang dimahukan oleh pelanggan daripada kenderaan tiga baris tempat duduk,” kata ketua Kia Design Center, Karim Habib. Bagi anda, macam mana dengan rekaan Carens baru ini, terutamanya apabila dibandingkan dengan model sebelumnya?

The post Kia Carens 2022 akan muncul di India 16 Disember ini appeared first on Paul Tan’s Automotive News.